PK

Sistem PK

Info

Andaxxx

Perutusan Pengarah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya portal Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah Darul Aman dapat dilaksana bagi memenuhi keperluan pengunjung yang melayari Laman Web Jabatan bagi mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan dan program-program yang dijalankan.Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) terlibat memberi perkhidmatan dengan teras aktiviti di dalam aspek kesihatan dan kawalan penyakit haiwan, serta pembangunan komoditi ternakan. Perkhidmatan yang diberikan juga termasuk kepastian kualiti untuk produk-produk berasaskan ternakan serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan veterinar. DVS juga menyediakan perkhidmatan konsultansi dan bimbingan kepada bakal-bakal pengusaha ternakan dan pengusaha yang telah pun berkecimpung di dalam bidang penternakan.Adalah diharapkan Laman Web Rasmi Jabatan ini dapat memberi kemudahan kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat berkenaan perkhidmatan yang disediakan serta maklumat terkini berkenaan aktiviti jabatan. Pihak jabatan mengalu-alukan maklumbalas dan pandangan yang membina bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan supaya produk daripada hasilan ternakan mencapai kualiti keselamatan makanan yang ditetapkan, dan kesejahteraan masyarakat dapat dipelihara melalui kawalan penyakit zoonotik dan haiwan kesayangan. Selamat melayari Laman Web Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah. Sekian. Wassalam. DR.AHMAD SHAFRI BIN HASSAN Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah Darul Aman

 

Perkara yang anda perlu tahu

Kami menghargai anda dan pelanggan anda.

  • Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum